MENU

Ahad, 6 Mac 2016

Ikhlas dalam Beramal

Ikhlas Dalam Amalan

 Pekerjaan yang hendak kita lakukan mestilah ikhlas kerana Allah, apatah lagi seandainya pekerjaan yang mahu kita lakukan itu ada kaitanya dengan agama kita iaitu Islam, hanya dengan keikhlasan akan membuahkan satu hasil yang amat memuaskan hati pelakunya.Kata kuncinya hanya pada kalimah " IKHLAS", sesorang yang melakukan satu perbuatan ibadat tetapi dilakukan tidak kerana ikllas kepada Allah,maka ia akan merasakan adanya kekurangan pada setiap amalan yang dilakukan.
 Oleh yang demikian itu, orang ramai selalu bertanya bagaimana mahu mendapatkan ikhlas? . Satu persolan yang seringkali berada di kotak pemikiran manusia yang mencari ikhlas untuk mendapat kelazatan dalam beribadat.Kedudukan martabat ikhlas amat tinggi,ianya boleh kita fahami melalui sabdaan Nabi Salallahu alaihi wasalam : " 

 حَدَّثَنَا أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْمُقْرِئُ قَالَ حَدَّثَنَا حَيْوَةُ بْنُ شُرَيْحٍ قَالَ سَمِعْتُ عَبْدَ الْمَلِكِ بْنَ الْحَارِثِ يَقُولُ إِنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا بَكْرٍ الصِّدِّيقَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَلَى هَذَا الْمِنْبَرِ يَقُولُ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي هَذَا الْيَوْمِ مِنْ عَامِ الْأَوَّلِ ثُمَّ اسْتَعْبَرَ أَبُو بَكْرٍ وَبَكَى ثُمَّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَمْ تُؤْتَوْا شَيْئًا بَعْدَ كَلِمَةِ الْإِخْلَاصِ مِثْلَ الْعَافِيَةِ فَاسْأَلُوا 
اللَّهَ الْعَافِيَةَ

 Telah menceritakan kepada kami Abu Abdurrahman Al Muqri' dia berkata; Telah menceritakan kepada kami Haiwah Bin Syuraih dia berkata; aku mendengar Abdul Malik Bin Al Harits berkata; Sesungguhnya Abu Hurairah berkata; aku mendengar Abu Bakar Ash Shiddiq berkata diatas mimbar ini; aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda pada hari ini ditahun pertama, kemudian Abu Bakar hanyut dalam nasehat sehingga menangis kemudian berkata; aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "tidaklah kalian diberi sesuatu (yang kedudukannya lebih tinggi) setelah kalimat ikhlas seperti Al Afiyah (keselamatan), maka mohonlah Al Afiyah kepada Allah". dalam Musnad Imam Ahmad no Hadis 10

Dalam hadis ini Rasullulah Salallahu Alaihi Wasalam menyuruh umatnya supaya memohon Al Afiyah (Keselamatan) yang kedudukanya lebih tinggi sesudah kalimah Ikhlas, maka sifat ikhlas itu juga mesti ada pada diri manusia yang sedang mencari kerdhaan Allah Subhanahu Wa Taala. 
 Ikhlas juga menjadi kunci kepada peradaban ilmu, menjadikan seseorang murid menghormati seorang guru kerana ikhlasnya dia dalam menuntut ilmu, menjadikan seorang guru menyanyangi muridnya kerana ikhlasnya dia terhadap tanggujaawabnya, itulah darjat dan tahap serta nilaian ikhlas yang tak dapat dicari dengan mata dan kepala, kerana ikhlas ia berada dihati, hati itu raja diri, andai ikhlasnya hati maka ikhlaslah diri, begitulah sebaliknya.
 Berkata seorang ulama " Ikhlas itu menyucikan aqal manusia daripada diperhatikan manusia lain". ini maknanya ikhlas kita melakukan sesuatu tanpa mahu menarik perhatian orang supaya pandangan merka beralih arah kepada kita, bahkan kita lakukan sesuatu amal kabaikan itu semata-mata kerana Allah, dan mengharap Allah yang memandang kepada kita. Abi osman menuqilkan tentang ikhlas,"Ikhlas itu melupakan pandangan makhluk, dan sentiasa melihat kepada Pencipta".Kata-kata masyhur daripada Imam Fudhai Bin I'yad berkenaan ikhlas," Meninggalkan amalan kerana takut riya kepada manusia lain itu adalah riya', beramal kerana manusia adalah syirik,dan ikhlas itu Allah menyelamatkan kamu dari kedua perkara itu. 
 Justeru itu, hendaklah kita sebagai manusia dalam setiap amalan wajiblah ikhlaskan niat kerana Allah Subhanahu Wa Taala, lakukan amal kebajikan tanpa tanpa riya dan sum'ah, laksanakan ibadat dengan penuh keikhlasan dan mengharap keampunan dari Allah Taala, Firman Allah dalam surah Al Bayyinah ayat 5 " Mafhumnya:!
  
5. pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan Yang demikian itulah ugama Yang benar.


Niatkan ikhlas pada tiap permulaan amal kita hanya kerana Allah S.w.t, maka kita akan mendapatkan apa yang kita niatkan, kita akan perolehi maksud dari apa yang kita niatkan, sebagai muslim dan mukmin sejati penulis menasihati pembaca dan diri sendiri agar ikhlas dalam amalan serta kebajikan yang kita lakukan, moga ianya menjadi bekalan buat kita di akhirat sana. Ikhlaskan niat dalam amalan kerana Allah . 
Renung-renungilah sabdaan Baginda S.a.w ini.

صحيح البخاري ٥٢: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَلْقَمَةَ بْنِ وَقَّاصٍ عَنْ عُمَرَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَلِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Shahih Bukhari 52: Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Maslamah berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Yahya bin Sa'id dari Muhammad bin Ibrahim dari Alqamah bin Waqash dari Umar, bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Semua perbuatan tergantung niatnya, dan (balasan) bagi tiap-tiap orang (tergantung) apa yang diniatkan; barangsiapa niat hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa niat hijrahnya karena dunia yang ingin digapainya atau karena seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa dia diniatkan.". 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan